Perubahan dalam kehidupan bukan bererti mengubah fizikal seseorang sahaja tetapi mengubah mental juga. Perubahan dari segi mental dan fizikal ke arah positif boleh memberi seribu satu kebaikan kepada kita. Perubahan dari segi fizikal boleh memberi dan meningkatkan keyakinan terhadap diri kita. Perubahan dari segi mental ke arah positif boleh menjauhkan kita dari perkara-perkara yg tidak diingini.
Perubahan seseorang yg negatif kepada positif boleh memberi kebahagiaan kepada orang sekeliling kita. Bukan sahaja keluarga kita, malah rakan- rakan kita dan juga mereka yang lain. Oleh itu, mula dari sekarang, buat perubahan agar kita sentiasa bahagia dengan kehidupan kita.