Sunday, 29 May 2016

Life is binary, 
zeros and ones.
Only two things keep a group like this together,
fear or loyalty.

Sunday, 29 July 2012

BERUBAH untuk KEBAIKAN

Perubahan dalam diri seseorang bukan lah untuk menunjukkan kelemahan seseorang.  Tetapi memberi kita satu lagi peluang untuk terus berjaya.  Erti kata berjaya bukan sahaja dalam pelajaran, tetapi ia termasuk lah dalam semua segi iaitu kehidupan.  berkeras atas diri kita sendiri bukan bermakna berkeras dalam setiap hal.  Terdapat beberapa hal yang perlu kita tegas.  Sebagai contoh hal-hal berkaitan dengan agama dan juga yg sepatutnya.  bukanlah berpegang teguh atas perkara yg tidak betul.  

Perubahan dalam kehidupan bukan bererti mengubah fizikal seseorang sahaja tetapi mengubah mental juga.  Perubahan dari segi mental dan fizikal ke arah positif boleh memberi seribu satu kebaikan kepada kita.  Perubahan dari segi fizikal boleh memberi dan meningkatkan keyakinan terhadap diri kita.  Perubahan dari segi mental ke arah positif boleh menjauhkan kita dari perkara-perkara yg tidak diingini.

Perubahan seseorang yg negatif kepada positif boleh memberi kebahagiaan kepada orang sekeliling kita.  Bukan sahaja keluarga kita, malah rakan- rakan kita dan juga mereka yang lain.  Oleh itu, mula dari sekarang, buat perubahan agar kita sentiasa bahagia dengan kehidupan kita.